Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Parit Raja adalah sebuah bandar di daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Penduduk utama di bandar ini adalah orang Jawa. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bandar ini telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara berikutan perkembangan pesat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), atau Tun Hussein Onn University of Malaysia, yang terletak di sini.

Parit Raja semakin pesat berkembang menjadi pusat pendidikan bagi negeri Johor di Malaysia Selatan. Tesco Hypermarket, kini dibuka di Parit Raja. Di dalam Tesco, terdapat pelbagai restoran, Encik DIY, Gardian Farmasi dan pelbagai butik fesyen. Kampung Sungai Rambut adalah salah satu kawasan kejiranan yang terletak di Parit Raja.Sekitar 23km dari Bandar Penggaram, Batu Pahat, ibu kota daerah Batu Pahat dan 7km dari Ayer Hitam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


ICT: CANVA – SAMPUL HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 5 April 2024

Mengasah kretiviti para pelajar dalam menghasilkan sampul hari raya yang menarik.....................baca selanjutnya

ICT: LATIHAN MENULIS SURAT RASMI

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2024

Memberi pendedahan mengenai tatacara menulis surat rasmi....................baca selanjutnya

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN & KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA GIATMARA SRI GADING

Aktiviti Terkini | 27 & 28 Februari 2024

Program ini dianjurkan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain....................baca selanjutnya

PROGRAM TAKLIMAT SSM & KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024

Program ini dianjurkan bagi memudahkan komuniti untuk mendaftar SSM dan juga membuka akaun Tabung Haji secara percuma...................baca selanjutnya

PEDI SALLEH ROS OPEN DAY

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2024

Program ini dianjurkan bagi memudahkan komuniti untuk mendaftar PADU...................baca selanjutnya

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN & KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA GIATMARA SRI GADING

Aktiviti Terkini | 22 - 24 Januari 2024

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet..................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti