PROGRAM TAKLIMAT SSM & KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI

Aktiviti terkini | 20 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Parit Salleh Ros

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah kerjasama Pusat Ekonomi Digital Parit Salleh Ros bersama pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga pihak Tabung Haji.
• Program ini melibatkan komuniti sekitar Parit Raja dan Sri Gading.
• Program ini memberi pendedahan mengenai pendaftaran perniagaan dan kepentingannya.
• Pihak Tabung Haji juga berkongsi maklumat kepada pihak komuniti.

Tujuan :
• Program ini dianjurkan bagi memudahkan komuniti untuk mendaftar SSM dan juga membuka akaun Tabung Haji secara percuma.
• Mewujudkan hubungan baik antara pihak PEDi dan komuniti setempat.
• Program ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan SSM untuk berniaga dan masa depan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
• Program dijalankan selama setengah hari di Pusat Ekonomi Digital Parit Salleh Ros.
• Pengunjung yang hadir seramai 60 orang.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menjalin hubungan baik dengan pihak luar iaitu SSM Johor Bharu dan juga Tabung Haji Parit Raja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :