PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN & KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA GIATMARA SRI GADING
Aktiviti terkini | 27 & 28 Februari 2024Tempat Aktiviti:
NADI Parit Salleh Ros
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah kerjasama Pusat Ekonomi Digital Parit Salleh Ros bersama Giatmara Ayer Hitam.
• Program ini melibatkan pelatih -pelatih daripada pelbagai kursus.
• Program ini mempunyai slot Klik Dengan Bijak dan juga slot E-Commerce (Shopee).
Tujuan :
• Program ini dianjurkan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
• Program ini bertujuan memberi bimbingan kepada pelatih untuk berdaftar sebagai peniaga didalam aplikasi Shopee.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
• Program dijalankan selama tiga jam di Pusat Ekonomi Digital Parit Salleh Ros.
• Pelatih diberi taklimat mengenai teori E-Commerce (Shopee) sebelum membuat praktikal.
Kelebihan Aktiviti :
• Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai internet kepada para pelatih.
• Memberi pendedahan menguruskan jualan di aplikasi Shopee sebagai penjual.
• Bagi menarik minat pelatih untuk menjadi usahawan pada masa akan dating.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :