PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & AI UNTUK RAKYAT
Aktiviti terkini | 4 September 2024Tempat Aktiviti:
NADI Kg Sg Nibong
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Taklimat ini adalah dengan kerjasama petugas dari NADI Sg Nibong berfokuskan penggunaan Internet dalam kalangan pengguna belia di Giatmara Muar. Pada sebelah petang pula, program diteruskan dengan pengenalan kepada program AI Untuk Rakyat dengan cara peserta menjawab setiap kuiz yang terdapat dalam laman web dengan menggunakan akaun sub pengguna.
Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk membudayakan penggunaaan Internet secara positif dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet serta memberi penerangan kepada kepentingan AI dalam kehidupan harian.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memberi peringatan kepada peserta agar lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar atau komen-komen di internet.
• Dapat melatih peserta untuk lebih berhati-hati menghadapi penipuan online.
• Memberikan idea kepada peserta dalam membina kata laluan yang kukuh dan selamat dari ancaman jenayah siber.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang kewaspadan penggunaan Internet dalam kehidupan saharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :